selamatkah tinggal dia condo...
Harini aku nak cerita pengalaman pahit yang tak dapat aku dan suami lupakan selamanya.
Condo aku tinggalkan taklah dikira high end punya. Tapi depa cakap security tip top 3 layers katanya. Nak masuk parking kena touch kad, nak masuk lift pergi level pun pakai kad jugak. lagi satu layer tak pasti lah. pintu grill sendiri agaknya...
satu harini aku kemas rumah, aku cuci bagai semua rumah ni pastu bukak tingkap kasi udara masuk, tingkap bilik air yang lubang angin pun buka juga lah, husnu dzon kat jiran kan ingt nak bermanja ngn jiran. Untuk pengetahun korang aku tak pernah jumpa pun jiran aku, aku tahu dia baru masuk dua bulan. sampai lah hari jumaat ni sedang aku dengan suami tengah bergelak sakan tengok tv, suami nak la jengok report dia. Dia tanya aku mana laptop dia, aku goyang kaki lah sambil cakap alah ada cuba bukak laci almari kot awak lupa. Aku relaks je sampai lah aku panik tengok laptop aku kt meja makan dah takde. Aku biarkan laptop tu sebelum aku keluar rumah pergi kerja. Memang haru lah dua dua laptop hilang.
Maka kami pun termenung memikirkan siapa ambik, pintu depan memang takde kesan umpil pun. Bersih la sesangat. sampai lah aku tengok balik tingkap bilik kedua yang menghala rumah jiran, aku perasan besi penghadang kami ni bersih sedangkan aku tak pernah sapu. Memanglah bukan nk menuduh tapi hanya jiran ni je yang ada access masuk rumah kami. Security pun kata balcony tak mungkin dan mereka ckp tak mustahil orang sebelah panjat masuk melalui tingkap bilik air. Memang orang yg mencuri ni biasa buat kerja ni , bersih xde kesan pun.
Kami pun segera ke balai polis untuk membuat laporan. Sunyi sepi je sbb hujan lebat dan malam kt pejabat polis tu. Sorang je pegawai kt meja nak melayan kami. Kami pun cakap lah nak buat laporan. Dia pun menaiplah di komputer lamanya tu ketak ketak dengan bersungguh. Muka dia nampak memang seorang yang dah biasa buat report, walaupun soalan dia tanya macam dia xpasti camne nak tulis cerita kecurian. tapi lepas je laporan tu siap, tadaa.. aku terpana memang hebat laporan dia dengan tarikh, masa, macam bercerita.
Sedang kami ni serabut pasal barang hilang semua, ada dua orang india ni, dia dalam masalah sbb terbabit dengan kemalangan. Polis ni pun terangkan dia apa perlu untuk buat laporan tpi dia xboleh buat laporan kt balai tu, dari balakong tu mamat dua orang tu kena bergerak ke IPD kajang untuk buat laporan kemalangan. Diorang pun nampak kusut jugak sbb yela sapa datang pejabat polis masa gembira kan, samada ko ada masalah atau orang lain dalam masalah.
Seusai laporan tu, polis tu cakap akan ada inspector akan panggil suami. Malam tu tak boleh tidur.. terkejut sbb rasa rumah tu dah tak selamat. kami bagaimanapun lega barang yang lain selamat dan yang penting nyawa tu selamat. Tapi kalau perompak tu snggup panjat untuk masuk ke rumah, (condo ok tingkat 18) jadi dia mungkin terdesak nak duit. Kami risau jika dia akan kembali lagi bila nak wang lagi. Untuk bulan pertama ni ok lah kan, bulan kedua ketiga nanti sampai lah kami cukupkan bulan keempat dan keluar dari rumah sewa ni.
Malam tu suami tidur dia atas sofa, aku terjaga sebab bunyi loceng rumah. Aku kejutkan suami dan dia bergegas bangun dan buka pintu. Ya akhirnya inspector tu dengan jurugambar bwk camera besar dia pukul 2.45 am. Kami meyakinkan lah polis tu yg hanya jiran sebelah je ada access nak masuk. Tpi disebabkan takde bukti jadi polis x boleh nak buat siasatan lanjut. Maka aku pun hidup dalam ketakutan bila suami xde outstation. Tak pastu ape yang kami boleh lakukan buat masa skrg. Owner rumah dan ckp dia dh maklumkan pd agent untuk bantu pasangkan besi grill rumah. Tu jelah cara skrg. Nak pasang perangkap takut yang tertangkap. Biarlah kami anggap barang tu bukan harta dan milik kami lagi. Kan semuanya milik Allah. buat masa skrg kami masih lagi tgh cuba nak recover rasa takut, mata aku setiap hari tengok tingkap rumah orang sebelah. Suami ada jugak lah sembur minyak tanah kt besi penghadang di balkoni dapur supaya sesiapa pun x dapat nak panjat situ lagi. paku payung pun letak.Yang paling tak kelakar, mana mana nak pergi kena bawak barang berharga dalam bagpack.. rumah sendiri pun tak selamat.
kami follow up dengan inspector, tpi dia ckp kalau jadi lagi cepat cepat bgtau lolzz. Begitulah manusia kalau berharap pd manusia lain. Kami fikir kami usaha jelah sendiri dan doa.
pesanan aku duk condo ke mana mana ke jgn percaya orang. selalu pastikan takde lubang pun biar semut je masuk.

Comments
Post a Comment